
KLINIK NCD



Klinik NCD (Penyakit Kronik)
Hidup dengan penyakit kronik seperti Diabetes, Darah Tinggi, Kolesterol Tinggi, atau Obesity tidak perlu diselesaikan seorang diri. Pemantauan berkala dan rawatan berterusan adalah kunci untuk kekal sihat dan elak komplikasi.
Perkhidmatan Kami
Saringan & Diagnosis Awal: Termasuk PEKA B40 (percuma untuk yang layak) dan ujian saringan lain.
Konsultasi & Susulan: Pemantauan berkala bacaan gula, tekanan darah, dan pelan rawatan.
Ujian Makmal: Darah, air kencing, kolesterol, fungsi buah pinggang, dan HbA1c.
Pemeriksaan Jantung (ECG): Pantau kesihatan jantung untuk pesakit darah tinggi atau diabetes.
Nasihat Gaya Hidup: Panduan pemakanan, senaman, dan perubahan gaya hidup.
Kenapa Pilih Klinik Raudhah?
Kami merawat anda secara holistik, bukan sekadar simptom. Dengan 5 cawangan di Terengganu (Padang Midin, Kuala Berang, Besut, Seberang Takir), rawatan susulan lebih mudah, konsisten, dan selesa.
Jangan tunggu komplikasi. Urus kesihatan kronik anda bersama kami hari ini!






