Cawangan Seberang Takir
Perkhidmatan · Seberang Takir

ECG di Klinik Raudhah Seberang Takir

Electrocardiogram
24 Jam Kuala Terengganu

Ujian jantung yang cepat, tidak menyakitkan, dan tidak invasif — mengesan irama jantung anormal, tanda serangan jantung, dan masalah elektrik jantung.

Di Klinik Raudhah Cawangan Seberang Takir (Kuala Terengganu), perkhidmatan ecg disediakan untuk komuniti setempat. Kami beroperasi 24 jam — datang walk-in atau WhatsApp untuk tanya dahulu.

Jantung Anda: Bagaimana Kita “Mendengar” Iramanya

Jantung bekerja tanpa henti 24/7, dan kesihatannya adalah asas kesejahteraan kita. Salah satu cara paling mudah dan penting untuk menilai kesihatan jantung ialah Electrocardiogram (ECG/EKG).


Apa Itu ECG?

ECG ialah ujian rutin, tidak menyakitkan dan tidak invasif yang merakam aktiviti elektrik jantung. Ia menukarkan degupan jantung kepada graf, membolehkan doktor mengesan irama jantung yang normal atau tidak normal.


Simptom Yang Memerlukan ECG

  • Sakit atau tidak selesa di dada
  • Sesak nafas
  • Jantung berdebar-debar
  • Pening atau rasa berpusing
  • Keletihan melampau tanpa sebab

Manfaat ECG

  • Mengesan arrhythmia (irama jantung tidak teratur)
  • Mengesan tanda serangan jantung atau keradangan jantung
  • Sebagai sebahagian saringan kesihatan berkala, terutamanya bagi mereka dengan risiko tinggi (kencing manis, darah tinggi, sejarah keluarga)

Prosedur ECG

  1. Baring & berehat
  2. Lekatkan elektrod kecil pada dada, lengan dan kaki
  3. Mesin merakam aktiviti elektrik jantung selama beberapa minit

Tiada rasa sakit atau kejutan elektrik. Keputusan biasanya boleh dianalisis serta-merta oleh doktor untuk penerangan lanjut.

Doktor di Cawangan Seberang Takir

3 doktor MMC berdaftar. Bila anda datang untuk ecg, anda dilayan oleh team yang sama setiap kali — bukan doktor berbeza tiap lawatan.

Aktif
Dr. Anys
Dr. Anys
MMC 89403

Lulusan MBBS dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 2017, dengan minat dalam perubatan ibu dan kanak-kanak. Inspirasi beliau: "Start where you are. Use what you have. Do what you can."

Aktif
Dr. Azraie
Dr. Azraie
MMC 76034

Lulusan MBBS dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 2015, dengan tumpuan dalam Perubatan Kecemasan. Motto beliau: "Empathy will not fail you."

Aktif
Dr. Syaza
Dr. Syaza
MMC 94713

Lulusan dari First Moscow State Medical University (MSMU), Rusia pada 2018, dengan minat khusus dalam rawatan luka dan pembedahan kecil. Falsafah beliau: "What missed you was not destined to you, what hit you could never missed you."

● ECG · Seberang Takir

Tinggalkan Detail Anda, Kami Akan Hubungi

Team Klinik Raudhah Seberang Takir akan hubungi anda untuk jawab soalan tentang ecg, kos, atau atur slot.

Kami akan hubungi anda secepat mungkin. Maklumat anda tidak dikongsi dengan mana-mana pihak ketiga.