First time walk in to the clinic. I feel being welcome by their staffs. Politely serves me an family. The doctor Doc Farah also very friendly and soft spoken. No worries. Soon this will be my favourite clinic.
Klinik Raudhah Padang Midin
Penjagaan Kesihatan 24 Jam
Untuk Seisi Keluarga.
Berkhidmat sejak 2016 untuk komuniti Padang Midin · Manir · Gong Kapas — dengan layanan mesra, rawatan pantas dan penjagaan yang dipercayai.
Lebih dari rawatan,
ianya kepercayaan.
Jadual Doktor Bertugas Hari Ini
Memuatkan jadual…
Hubungi cawangan untuk pengesahan jadual hari ini.
Apa Kata Pesakit Kami
Ulasan sebenar dari pesakit yang telah berkunjung. Tiada saringan, tiada manipulasi.
Antara klinik terbaik, tiada caj yang bukan-bukan, doktor hampir semua mesra pesakit & selalu ikut priority keadaan pesakit. TQ SEMUA WARGA KLINIK RAUDHAH. Moga terus jaga kualiti beri perkhidmatan terbaik.
Suka datang klinik nie. Doc perempuan friendly sgt2, setiap penerangan jelas dan senang faham. Terima kasih doc merawat pesakit dgn penuh dedikasi. Berbaloi dgn harga rawatan, penyambut tetamu pun mesra alam.
Raudhah Clinic is my family's choice because it operates 24 hours, which is very convenient especially when my child often coughs/asthma and needs nebulizer treatment. The location is close to home. The staff is very good and friendly, the doctors are professional and explain clearly, especially Dr. Amirul and Dr. Faisal. Overall, I am very satisfied and highly recommend.
Senarai Doktor
5 doktor MMC berdaftar. Setiap doktor melayan pesakit secara peribadi — bukan sekadar tulis ubat.
Lulusan MBBS dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 2018, dengan minat profesional dalam Perubatan Keluarga. Motto beliau: "Kita Mudahkan Urusan Orang, Allah Mudahkan Urusan Kita."
Lulusan MD dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada 2009, dengan tumpuan dalam Perubatan Keluarga. Pegangan beliau: "Begin with the end in mind."
Tamat MBBCh dari University of Cairo, Mesir pada 2017, dengan minat dalam Perubatan Keluarga. Pegangan beliau: "Sekecil kebaikan pasti ada, balasan kebaikannya juga disisi Allah."
Lulusan MD dari First Moscow State Medical University, Rusia pada 2012. Tumpuan klinikal beliau merangkumi pembedahan kecil serta perubatan ibu dan kanak-kanak. Falsafah beliau: "Be there for others, but never leave yourself behind."
Lulusan dari Monash University Malaysia pada 2009. Beliau berpegang bahawa peranan seorang doktor bukan sekadar merawat, tetapi juga memberi harapan kepada pesakit.
"Doktor yang ingat nama anda,
bukan sekadar nombor giliran."
Perkhidmatan Khas
Khas untuk cawangan ini.
Perkhidmatan Umum
Rawatan harian untuk seluruh keluarga.
Panel Insurans Diterima
25 panel insurans. Termasuk PEKA B40 untuk warganegara B40.
Soalan Lazim
Soalan biasa pesakit kami.
Boleh walk-in tanpa appointment?
Boleh. Klinik kami terima walk-in 24 jam. Untuk masa menunggu yang lebih singkat, WhatsApp kami terlebih dahulu.
Ada parking?
Ya, parking percuma di hadapan klinik. Muat 8-10 kereta. Lalu lintas lengang kebanyakan masa.
Terima pembayaran tunai?
Ya — tunai, kad debit/kredit, dan 25 panel insurans. (Buat masa ini kami tidak menerima e-wallet seperti TnG, Boost atau GrabPay.)
Ada doktor wanita?
Ya. Dr. Nurliza, Dr. Fatimah dan Dr. Farrah berkhidmat di cawangan ini. Sila WhatsApp untuk pengesahan jadual.
Boleh tuntut PEKA B40?
Ya, kami antara klinik panel rasmi PEKA B40. Bawa MyKad sahaja.

