Doktor Ke Rumah di Klinik Raudhah Padang Midin
Tak larat ke klinik? Kami datang ke rumah anda — konsultasi, rawatan luka, tukar catheter, jaga warga emas. Rawatan datang kepada anda, bukan sebaliknya.
Di Klinik Raudhah Cawangan Padang Midin (Kuala Terengganu), perkhidmatan doktor ke rumah disediakan untuk komuniti setempat. Kami beroperasi 24 jam — datang walk-in atau WhatsApp untuk tanya dahulu.
Perlukan Rawatan Tapi Tak Larat Ke Klinik?
Bila demam teruk, jaga warga emas, atau anak kecil tak sihat, pergi ke klinik boleh jadi satu cabaran.
Perkhidmatan Doktor Ke Rumah membolehkan anda menerima rawatan perubatan profesional terus di kediaman anda — tanpa perlu memandu, menunggu lama atau berdepan kesesakan.
Skop Perkhidmatan
- Konsultasi & rawatan penyakit biasa (demam, batuk, selsema, sakit perut, cirit-birit, jangkitan ringan)
- Prosedur kecil (rawatan luka, tukar catheter, tukar Ryle’s tube)
Sesuai Untuk
- Warga emas & pesakit terlantar
- Kanak-kanak yang tidak sihat
- Individu yang perlukan rawatan selesa & peribadi di rumah
Jimat masa, lebih selesa dan kurangkan risiko jangkitan.
Rawatan datang kepada anda, bukan sebaliknya.
Doktor di Cawangan Padang Midin
5 doktor MMC berdaftar. Bila anda datang untuk doktor ke rumah, anda dilayan oleh team yang sama setiap kali — bukan doktor berbeza tiap lawatan.
Lulusan MBBS dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 2018, dengan minat profesional dalam Perubatan Keluarga. Motto beliau: "Kita Mudahkan Urusan Orang, Allah Mudahkan Urusan Kita."
Lulusan MD dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada 2009, dengan tumpuan dalam Perubatan Keluarga. Pegangan beliau: "Begin with the end in mind."
Tamat MBBCh dari University of Cairo, Mesir pada 2017, dengan minat dalam Perubatan Keluarga. Pegangan beliau: "Sekecil kebaikan pasti ada, balasan kebaikannya juga disisi Allah."
Lulusan MD dari First Moscow State Medical University, Rusia pada 2012. Tumpuan klinikal beliau merangkumi pembedahan kecil serta perubatan ibu dan kanak-kanak. Falsafah beliau: "Be there for others, but never leave yourself behind."
Lulusan dari Monash University Malaysia pada 2009. Beliau berpegang bahawa peranan seorang doktor bukan sekadar merawat, tetapi juga memberi harapan kepada pesakit.