Semua Perkhidmatan
Perkhidmatan Umum

Pembedahan Kecil

Minor Surgery

Prosedur pembedahan ringkas dengan bius setempat — jahit luka, buang cyst/lipoma/ketuat, kuku cagu, sunat. Tanpa kemasukan ke hospital.

Apa Itu Pembedahan Kecil?

Pembedahan kecil merujuk kepada prosedur pembedahan yang ringkas dan selamat yang boleh dilakukan di klinik tanpa memerlukan kemasukan ke hospital. Kebiasaannya, prosedur ini hanya menggunakan bius setempat (local anesthesia).

Ia melibatkan rawatan pada tisu atau struktur yang berada berhampiran permukaan kulit dan dijalankan oleh doktor terlatih dalam persekitaran yang bersih dan steril.


Contoh Prosedur Pembedahan Kecil

Antara prosedur yang termasuk dalam kategori pembedahan kecil ialah:

  • Menjahit luka akibat kecederaan ringan
  • Membuang ketumbuhan kulit seperti cyst, lipoma dan ketuat
  • Mengeluarkan objek asing yang tertanam di bawah kulit
  • Rawatan kuku cagu (ingrown toenail)
  • Membuang ketumbit (chalazion)
  • Sunat (circumcision) bagi kanak-kanak dan dewasa

Setiap prosedur akan dinilai terlebih dahulu oleh doktor bagi memastikan kesesuaian dan keselamatan pesakit. Pelan rawatan dan kos akan dijelaskan sebelum prosedur bermula.

● Pembedahan Kecil

Tinggalkan Detail Anda, Kami Akan Hubungi

Team Klinik Raudhah akan hubungi anda untuk jawab soalan tentang pembedahan kecil, kos, atau atur slot di cawangan terdekat.

Kami akan hubungi anda secepat mungkin. Maklumat anda tidak dikongsi dengan mana-mana pihak ketiga.