Cawangan Besut
Perkhidmatan · Besut

Pembedahan Kecil di Klinik Raudhah Besut

Minor Surgery
24 Jam Pusat Bandar Jerteh

Prosedur pembedahan ringkas dengan bius setempat — jahit luka, buang cyst/lipoma/ketuat, kuku cagu, sunat. Tanpa kemasukan ke hospital.

Di Klinik Raudhah Cawangan Besut (Pusat Bandar Jerteh), perkhidmatan pembedahan kecil disediakan untuk komuniti setempat. Kami beroperasi 24 jam — datang walk-in atau WhatsApp untuk tanya dahulu.

Apa Itu Pembedahan Kecil?

Pembedahan kecil merujuk kepada prosedur pembedahan yang ringkas dan selamat yang boleh dilakukan di klinik tanpa memerlukan kemasukan ke hospital. Kebiasaannya, prosedur ini hanya menggunakan bius setempat (local anesthesia).

Ia melibatkan rawatan pada tisu atau struktur yang berada berhampiran permukaan kulit dan dijalankan oleh doktor terlatih dalam persekitaran yang bersih dan steril.


Contoh Prosedur Pembedahan Kecil

Antara prosedur yang termasuk dalam kategori pembedahan kecil ialah:

  • Menjahit luka akibat kecederaan ringan
  • Membuang ketumbuhan kulit seperti cyst, lipoma dan ketuat
  • Mengeluarkan objek asing yang tertanam di bawah kulit
  • Rawatan kuku cagu (ingrown toenail)
  • Membuang ketumbit (chalazion)
  • Sunat (circumcision) bagi kanak-kanak dan dewasa

Setiap prosedur akan dinilai terlebih dahulu oleh doktor bagi memastikan kesesuaian dan keselamatan pesakit. Pelan rawatan dan kos akan dijelaskan sebelum prosedur bermula.

Doktor di Cawangan Besut

4 doktor MMC berdaftar. Bila anda datang untuk pembedahan kecil, anda dilayan oleh team yang sama setiap kali — bukan doktor berbeza tiap lawatan.

Aktif
Dr. Nisha
Dr. Nisha
MMC 89111

Lulusan dari Cyberjaya University College of Medical Sciences pada 2017. Beliau menekankan bahawa kesihatan memberi makna kepada segala-galanya dalam hidup.

Aktif
Dr. Arham
Dr. Arham
MMC 90076

Lulusan dari University of Tanta, Mesir. Tumpuan utama beliau adalah dalam bidang Pembedahan. Falsafah beliau: "Done is better than perfect."

Aktif
Dr. Nabilah
Dr. Nabilah
MMC 86100

Lulusan MD dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dengan minat dalam Penjagaan Primer. Pegangan beliau: "Always trust the process."

Aktif
Dr. Ajlaa
Dr. Ajlaa
MMC 91070

Lulusan MBBCh dari Zagazig University, Mesir, dengan tumpuan dalam Perubatan Kanak-kanak. Motto beliau: "Agi idup agi ngelaban."

● Pembedahan Kecil · Besut

Tinggalkan Detail Anda, Kami Akan Hubungi

Team Klinik Raudhah Besut akan hubungi anda untuk jawab soalan tentang pembedahan kecil, kos, atau atur slot.

Kami akan hubungi anda secepat mungkin. Maklumat anda tidak dikongsi dengan mana-mana pihak ketiga.