Semua Perkhidmatan
Perkhidmatan Umum
Vaksinasi
Imunisasi Untuk Semua Peringkat Umur
Vaksin bayi, dewasa, influenza tahunan, vaksin haji & umrah, vaksin pelancong — perlindungan jangka panjang untuk diri, keluarga, dan komuniti.
Kenapa Vaksinasi Penting?
Vaksinasi ialah cara selamat dan berkesan untuk melindungi diri, keluarga dan komuniti daripada penyakit berjangkit.
Vaksin membantu sistem imun membina perlindungan jangka panjang dengan melatih badan mengenali virus atau bakteria yang dilemahkan atau tidak aktif.
Vaksinasi penting untuk semua peringkat umur — dari bayi hingga warga emas.
Perkhidmatan Vaksinasi Kami
- Bayi & Kanak-kanak: Mengikut Jadual Imunisasi Kebangsaan
- Dewasa & Dos Penggalak: Tetanus, Hep B, dan lain-lain
- Influenza (Suntikan Tahunan): Perlindungan musim selsema
- Haji & Umrah: Meningitis, influenza dan lain-lain mengikut keperluan
- Pelancong (Travel Vaccine): Bergantung kepada destinasi
Pastikan imunisasi anda dan keluarga sentiasa lengkap dan terkini. Bawa rekod vaksinasi sebelum ini jika ada untuk semakan doktor.