Vaksinasi di Klinik Raudhah Seberang Takir
Vaksin bayi, dewasa, influenza tahunan, vaksin haji & umrah, vaksin pelancong — perlindungan jangka panjang untuk diri, keluarga, dan komuniti.
Di Klinik Raudhah Cawangan Seberang Takir (Kuala Terengganu), perkhidmatan vaksinasi disediakan untuk komuniti setempat. Kami beroperasi 24 jam — datang walk-in atau WhatsApp untuk tanya dahulu.
Kenapa Vaksinasi Penting?
Vaksinasi ialah cara selamat dan berkesan untuk melindungi diri, keluarga dan komuniti daripada penyakit berjangkit.
Vaksin membantu sistem imun membina perlindungan jangka panjang dengan melatih badan mengenali virus atau bakteria yang dilemahkan atau tidak aktif.
Vaksinasi penting untuk semua peringkat umur — dari bayi hingga warga emas.
Perkhidmatan Vaksinasi Kami
- Bayi & Kanak-kanak: Mengikut Jadual Imunisasi Kebangsaan
- Dewasa & Dos Penggalak: Tetanus, Hep B, dan lain-lain
- Influenza (Suntikan Tahunan): Perlindungan musim selsema
- Haji & Umrah: Meningitis, influenza dan lain-lain mengikut keperluan
- Pelancong (Travel Vaccine): Bergantung kepada destinasi
Pastikan imunisasi anda dan keluarga sentiasa lengkap dan terkini. Bawa rekod vaksinasi sebelum ini jika ada untuk semakan doktor.
Doktor di Cawangan Seberang Takir
3 doktor MMC berdaftar. Bila anda datang untuk vaksinasi, anda dilayan oleh team yang sama setiap kali — bukan doktor berbeza tiap lawatan.
Lulusan MBBS dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 2017, dengan minat dalam perubatan ibu dan kanak-kanak. Inspirasi beliau: "Start where you are. Use what you have. Do what you can."
Lulusan MBBS dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 2015, dengan tumpuan dalam Perubatan Kecemasan. Motto beliau: "Empathy will not fail you."
Lulusan dari First Moscow State Medical University (MSMU), Rusia pada 2018, dengan minat khusus dalam rawatan luka dan pembedahan kecil. Falsafah beliau: "What missed you was not destined to you, what hit you could never missed you."