Vaksinasi di Klinik Raudhah Padang Midin
Vaksin bayi, dewasa, influenza tahunan, vaksin haji & umrah, vaksin pelancong — perlindungan jangka panjang untuk diri, keluarga, dan komuniti.
Di Klinik Raudhah Cawangan Padang Midin (Kuala Terengganu), perkhidmatan vaksinasi disediakan untuk komuniti setempat. Kami beroperasi 24 jam — datang walk-in atau WhatsApp untuk tanya dahulu.
Kenapa Vaksinasi Penting?
Vaksinasi ialah cara selamat dan berkesan untuk melindungi diri, keluarga dan komuniti daripada penyakit berjangkit.
Vaksin membantu sistem imun membina perlindungan jangka panjang dengan melatih badan mengenali virus atau bakteria yang dilemahkan atau tidak aktif.
Vaksinasi penting untuk semua peringkat umur — dari bayi hingga warga emas.
Perkhidmatan Vaksinasi Kami
- Bayi & Kanak-kanak: Mengikut Jadual Imunisasi Kebangsaan
- Dewasa & Dos Penggalak: Tetanus, Hep B, dan lain-lain
- Influenza (Suntikan Tahunan): Perlindungan musim selsema
- Haji & Umrah: Meningitis, influenza dan lain-lain mengikut keperluan
- Pelancong (Travel Vaccine): Bergantung kepada destinasi
Pastikan imunisasi anda dan keluarga sentiasa lengkap dan terkini. Bawa rekod vaksinasi sebelum ini jika ada untuk semakan doktor.
Doktor di Cawangan Padang Midin
5 doktor MMC berdaftar. Bila anda datang untuk vaksinasi, anda dilayan oleh team yang sama setiap kali — bukan doktor berbeza tiap lawatan.
Lulusan MBBS dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 2018, dengan minat profesional dalam Perubatan Keluarga. Motto beliau: "Kita Mudahkan Urusan Orang, Allah Mudahkan Urusan Kita."
Lulusan MD dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada 2009, dengan tumpuan dalam Perubatan Keluarga. Pegangan beliau: "Begin with the end in mind."
Tamat MBBCh dari University of Cairo, Mesir pada 2017, dengan minat dalam Perubatan Keluarga. Pegangan beliau: "Sekecil kebaikan pasti ada, balasan kebaikannya juga disisi Allah."
Lulusan MD dari First Moscow State Medical University, Rusia pada 2012. Tumpuan klinikal beliau merangkumi pembedahan kecil serta perubatan ibu dan kanak-kanak. Falsafah beliau: "Be there for others, but never leave yourself behind."
Lulusan dari Monash University Malaysia pada 2009. Beliau berpegang bahawa peranan seorang doktor bukan sekadar merawat, tetapi juga memberi harapan kepada pesakit.