Vaksinasi di Klinik Raudhah Besut
Vaksin bayi, dewasa, influenza tahunan, vaksin haji & umrah, vaksin pelancong — perlindungan jangka panjang untuk diri, keluarga, dan komuniti.
Di Klinik Raudhah Cawangan Besut (Pusat Bandar Jerteh), perkhidmatan vaksinasi disediakan untuk komuniti setempat. Kami beroperasi 24 jam — datang walk-in atau WhatsApp untuk tanya dahulu.
Kenapa Vaksinasi Penting?
Vaksinasi ialah cara selamat dan berkesan untuk melindungi diri, keluarga dan komuniti daripada penyakit berjangkit.
Vaksin membantu sistem imun membina perlindungan jangka panjang dengan melatih badan mengenali virus atau bakteria yang dilemahkan atau tidak aktif.
Vaksinasi penting untuk semua peringkat umur — dari bayi hingga warga emas.
Perkhidmatan Vaksinasi Kami
- Bayi & Kanak-kanak: Mengikut Jadual Imunisasi Kebangsaan
- Dewasa & Dos Penggalak: Tetanus, Hep B, dan lain-lain
- Influenza (Suntikan Tahunan): Perlindungan musim selsema
- Haji & Umrah: Meningitis, influenza dan lain-lain mengikut keperluan
- Pelancong (Travel Vaccine): Bergantung kepada destinasi
Pastikan imunisasi anda dan keluarga sentiasa lengkap dan terkini. Bawa rekod vaksinasi sebelum ini jika ada untuk semakan doktor.
Doktor di Cawangan Besut
4 doktor MMC berdaftar. Bila anda datang untuk vaksinasi, anda dilayan oleh team yang sama setiap kali — bukan doktor berbeza tiap lawatan.
Lulusan dari Cyberjaya University College of Medical Sciences pada 2017. Beliau menekankan bahawa kesihatan memberi makna kepada segala-galanya dalam hidup.
Lulusan dari University of Tanta, Mesir. Tumpuan utama beliau adalah dalam bidang Pembedahan. Falsafah beliau: "Done is better than perfect."
Lulusan MD dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dengan minat dalam Penjagaan Primer. Pegangan beliau: "Always trust the process."
Lulusan MBBCh dari Zagazig University, Mesir, dengan tumpuan dalam Perubatan Kanak-kanak. Motto beliau: "Agi idup agi ngelaban."