Cawangan Kuala Berang
Perkhidmatan · Kuala Berang

Vaksinasi di Klinik Raudhah Kuala Berang

Imunisasi Untuk Semua Peringkat Umur
24 Jam Hulu Terengganu

Vaksin bayi, dewasa, influenza tahunan, vaksin haji & umrah, vaksin pelancong — perlindungan jangka panjang untuk diri, keluarga, dan komuniti.

Di Klinik Raudhah Cawangan Kuala Berang (Hulu Terengganu), perkhidmatan vaksinasi disediakan untuk komuniti setempat. Kami beroperasi 24 jam — datang walk-in atau WhatsApp untuk tanya dahulu.

Kenapa Vaksinasi Penting?

Vaksinasi ialah cara selamat dan berkesan untuk melindungi diri, keluarga dan komuniti daripada penyakit berjangkit.

Vaksin membantu sistem imun membina perlindungan jangka panjang dengan melatih badan mengenali virus atau bakteria yang dilemahkan atau tidak aktif.

Vaksinasi penting untuk semua peringkat umur — dari bayi hingga warga emas.


Perkhidmatan Vaksinasi Kami

  • Bayi & Kanak-kanak: Mengikut Jadual Imunisasi Kebangsaan
  • Dewasa & Dos Penggalak: Tetanus, Hep B, dan lain-lain
  • Influenza (Suntikan Tahunan): Perlindungan musim selsema
  • Haji & Umrah: Meningitis, influenza dan lain-lain mengikut keperluan
  • Pelancong (Travel Vaccine): Bergantung kepada destinasi

Pastikan imunisasi anda dan keluarga sentiasa lengkap dan terkini. Bawa rekod vaksinasi sebelum ini jika ada untuk semakan doktor.

Doktor di Cawangan Kuala Berang

4 doktor MMC berdaftar. Bila anda datang untuk vaksinasi, anda dilayan oleh team yang sama setiap kali — bukan doktor berbeza tiap lawatan.

Aktif
Dr. Aini
Dr. Aini
MMC 64812

Lulusan MBBS dari Universiti Malaya (UM) pada 2013, dengan minat dalam Perubatan Am. Pegangan beliau: "Wherever the art of Medicine is loved, there is also a love of Humanity."

Aktif
Dr. Nabil
Dr. Nabil
MMC 72191

Lulusan dari RCSI/PMC dengan minat dalam Perubatan Keluarga. Pandangan beliau: "Your devotion and care bring healing, comfort and hope."

Aktif
Dr. Rima
Dr. Rima
MMC 75187

Lulusan MBBS dari National University of Ireland pada 2014, dengan tumpuan dalam Perubatan Keluarga. Motto beliau: "Hidup saling membahagiakan kerana Allah."

Aktif
Dr. Syakirah
Dr. Syakirah
MMC 92862

Lulusan MBBS dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 2018, dengan tumpuan dalam Perubatan Keluarga. Motto beliau: "Choose adventures, not comfort."

● Vaksinasi · Kuala Berang

Tinggalkan Detail Anda, Kami Akan Hubungi

Team Klinik Raudhah Kuala Berang akan hubungi anda untuk jawab soalan tentang vaksinasi, kos, atau atur slot.

Kami akan hubungi anda secepat mungkin. Maklumat anda tidak dikongsi dengan mana-mana pihak ketiga.