Pembedahan Kecil di Klinik Raudhah Padang Midin
Prosedur pembedahan ringkas dengan bius setempat — jahit luka, buang cyst/lipoma/ketuat, kuku cagu, sunat. Tanpa kemasukan ke hospital.
Di Klinik Raudhah Cawangan Padang Midin (Kuala Terengganu), perkhidmatan pembedahan kecil disediakan untuk komuniti setempat. Kami beroperasi 24 jam — datang walk-in atau WhatsApp untuk tanya dahulu.
Apa Itu Pembedahan Kecil?
Pembedahan kecil merujuk kepada prosedur pembedahan yang ringkas dan selamat yang boleh dilakukan di klinik tanpa memerlukan kemasukan ke hospital. Kebiasaannya, prosedur ini hanya menggunakan bius setempat (local anesthesia).
Ia melibatkan rawatan pada tisu atau struktur yang berada berhampiran permukaan kulit dan dijalankan oleh doktor terlatih dalam persekitaran yang bersih dan steril.
Contoh Prosedur Pembedahan Kecil
Antara prosedur yang termasuk dalam kategori pembedahan kecil ialah:
- Menjahit luka akibat kecederaan ringan
- Membuang ketumbuhan kulit seperti cyst, lipoma dan ketuat
- Mengeluarkan objek asing yang tertanam di bawah kulit
- Rawatan kuku cagu (ingrown toenail)
- Membuang ketumbit (chalazion)
- Sunat (circumcision) bagi kanak-kanak dan dewasa
Setiap prosedur akan dinilai terlebih dahulu oleh doktor bagi memastikan kesesuaian dan keselamatan pesakit. Pelan rawatan dan kos akan dijelaskan sebelum prosedur bermula.
Doktor di Cawangan Padang Midin
5 doktor MMC berdaftar. Bila anda datang untuk pembedahan kecil, anda dilayan oleh team yang sama setiap kali — bukan doktor berbeza tiap lawatan.
Lulusan MBBS dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 2018, dengan minat profesional dalam Perubatan Keluarga. Motto beliau: "Kita Mudahkan Urusan Orang, Allah Mudahkan Urusan Kita."
Lulusan MD dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada 2009, dengan tumpuan dalam Perubatan Keluarga. Pegangan beliau: "Begin with the end in mind."
Tamat MBBCh dari University of Cairo, Mesir pada 2017, dengan minat dalam Perubatan Keluarga. Pegangan beliau: "Sekecil kebaikan pasti ada, balasan kebaikannya juga disisi Allah."
Lulusan MD dari First Moscow State Medical University, Rusia pada 2012. Tumpuan klinikal beliau merangkumi pembedahan kecil serta perubatan ibu dan kanak-kanak. Falsafah beliau: "Be there for others, but never leave yourself behind."
Lulusan dari Monash University Malaysia pada 2009. Beliau berpegang bahawa peranan seorang doktor bukan sekadar merawat, tetapi juga memberi harapan kepada pesakit.