ECG di Klinik Raudhah Padang Midin
Ujian jantung yang cepat, tidak menyakitkan, dan tidak invasif — mengesan irama jantung anormal, tanda serangan jantung, dan masalah elektrik jantung.
Di Klinik Raudhah Cawangan Padang Midin (Kuala Terengganu), perkhidmatan ecg disediakan untuk komuniti setempat. Kami beroperasi 24 jam — datang walk-in atau WhatsApp untuk tanya dahulu.
Jantung Anda: Bagaimana Kita “Mendengar” Iramanya
Jantung bekerja tanpa henti 24/7, dan kesihatannya adalah asas kesejahteraan kita. Salah satu cara paling mudah dan penting untuk menilai kesihatan jantung ialah Electrocardiogram (ECG/EKG).
Apa Itu ECG?
ECG ialah ujian rutin, tidak menyakitkan dan tidak invasif yang merakam aktiviti elektrik jantung. Ia menukarkan degupan jantung kepada graf, membolehkan doktor mengesan irama jantung yang normal atau tidak normal.
Simptom Yang Memerlukan ECG
- Sakit atau tidak selesa di dada
- Sesak nafas
- Jantung berdebar-debar
- Pening atau rasa berpusing
- Keletihan melampau tanpa sebab
Manfaat ECG
- Mengesan arrhythmia (irama jantung tidak teratur)
- Mengesan tanda serangan jantung atau keradangan jantung
- Sebagai sebahagian saringan kesihatan berkala, terutamanya bagi mereka dengan risiko tinggi (kencing manis, darah tinggi, sejarah keluarga)
Prosedur ECG
- Baring & berehat
- Lekatkan elektrod kecil pada dada, lengan dan kaki
- Mesin merakam aktiviti elektrik jantung selama beberapa minit
Tiada rasa sakit atau kejutan elektrik. Keputusan biasanya boleh dianalisis serta-merta oleh doktor untuk penerangan lanjut.
Doktor di Cawangan Padang Midin
5 doktor MMC berdaftar. Bila anda datang untuk ecg, anda dilayan oleh team yang sama setiap kali — bukan doktor berbeza tiap lawatan.
Lulusan MBBS dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 2018, dengan minat profesional dalam Perubatan Keluarga. Motto beliau: "Kita Mudahkan Urusan Orang, Allah Mudahkan Urusan Kita."
Lulusan MD dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada 2009, dengan tumpuan dalam Perubatan Keluarga. Pegangan beliau: "Begin with the end in mind."
Tamat MBBCh dari University of Cairo, Mesir pada 2017, dengan minat dalam Perubatan Keluarga. Pegangan beliau: "Sekecil kebaikan pasti ada, balasan kebaikannya juga disisi Allah."
Lulusan MD dari First Moscow State Medical University, Rusia pada 2012. Tumpuan klinikal beliau merangkumi pembedahan kecil serta perubatan ibu dan kanak-kanak. Falsafah beliau: "Be there for others, but never leave yourself behind."
Lulusan dari Monash University Malaysia pada 2009. Beliau berpegang bahawa peranan seorang doktor bukan sekadar merawat, tetapi juga memberi harapan kepada pesakit.