Cawangan Padang Midin
Perkhidmatan · Padang Midin

Ujian Alahan di Klinik Raudhah Padang Midin

Allergic Test
24 Jam Kuala Terengganu

Hidung berair, mata gatal, ruam tanpa sebab? Kenal pasti punca alahan dengan tepat — habuk, makanan, bulu haiwan atau alergen lain — dan rawatannya.

Di Klinik Raudhah Cawangan Padang Midin (Kuala Terengganu), perkhidmatan ujian alahan disediakan untuk komuniti setempat. Kami beroperasi 24 jam — datang walk-in atau WhatsApp untuk tanya dahulu.

Kenapa Masih Main Teka-Teki?

Hidung berair, bersin kerap, mata gatal atau ruam kulit tanpa sebab jelas mungkin tanda alahan. Meneka puncanya hanya melambatkan penyelesaian — dan membiarkan simptom mengganggu kerja, tidur, dan keluarga anda.


Apa Itu Alahan?

Alahan berlaku apabila sistem imun bertindak balas secara berlebihan terhadap bahan yang biasanya tidak berbahaya, dikenali sebagai alergen seperti habuk, bulu haiwan, makanan tertentu, atau ubat-ubatan.


Kenapa Ujian Alahan Penting?

  • Mengenal pasti punca alahan dengan tepat
  • Membantu langkah pencegahan yang berkesan
  • Mengurangkan kebergantungan kepada ubat semata-mata
  • Meningkatkan kualiti hidup harian — tidur lebih lena, kerja lebih fokus

Bagaimana Ujian Dilakukan?

Ujian alahan (seperti skin prick test) dilakukan dengan selamat dan cepat. Kulit didedahkan kepada alergen tertentu dan tindak balas diperhatikan. Keputusan boleh diketahui dalam masa singkat dan akan diterangkan oleh doktor — termasuk pelan rawatan dan pencegahan.

Kenal pasti punca alahan anda dan uruskannya dengan lebih berkesan.

Doktor di Cawangan Padang Midin

5 doktor MMC berdaftar. Bila anda datang untuk ujian alahan, anda dilayan oleh team yang sama setiap kali — bukan doktor berbeza tiap lawatan.

Aktif
Dr. Nurliza
Dr. Nurliza
MMC 91721

Lulusan MBBS dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 2018, dengan minat profesional dalam Perubatan Keluarga. Motto beliau: "Kita Mudahkan Urusan Orang, Allah Mudahkan Urusan Kita."

Aktif
Dr. Fatimah
Dr. Fatimah
MMC 50379

Lulusan MD dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada 2009, dengan tumpuan dalam Perubatan Keluarga. Pegangan beliau: "Begin with the end in mind."

Aktif
Dr. Amirul
Dr. Amirul
MMC 87332

Tamat MBBCh dari University of Cairo, Mesir pada 2017, dengan minat dalam Perubatan Keluarga. Pegangan beliau: "Sekecil kebaikan pasti ada, balasan kebaikannya juga disisi Allah."

Aktif
Dr. Farrah
Dr. Farrah
MMC 62292

Lulusan MD dari First Moscow State Medical University, Rusia pada 2012. Tumpuan klinikal beliau merangkumi pembedahan kecil serta perubatan ibu dan kanak-kanak. Falsafah beliau: "Be there for others, but never leave yourself behind."

Aktif
Dr. Azinuddin
Dr. Azinuddin
MMC 53204

Lulusan dari Monash University Malaysia pada 2009. Beliau berpegang bahawa peranan seorang doktor bukan sekadar merawat, tetapi juga memberi harapan kepada pesakit.

● Ujian Alahan · Padang Midin

Tinggalkan Detail Anda, Kami Akan Hubungi

Team Klinik Raudhah Padang Midin akan hubungi anda untuk jawab soalan tentang ujian alahan, kos, atau atur slot.

Kami akan hubungi anda secepat mungkin. Maklumat anda tidak dikongsi dengan mana-mana pihak ketiga.