Pemeriksaan Kuning Bayi di Klinik Raudhah Padang Midin
Bayi nampak kuning? Jangan tunggu jadi teruk. Ujian bilirubin cepat, nasihat penyusuan, dan pemantauan berterusan untuk ketenangan ibu bapa.
Di Klinik Raudhah Cawangan Padang Midin (Kuala Terengganu), perkhidmatan pemeriksaan kuning bayi disediakan untuk komuniti setempat. Kami beroperasi 24 jam — datang walk-in atau WhatsApp untuk tanya dahulu.
Bayi Kuning — Biasa, Tapi Jangan Pandang Ringan
Ramai bayi baru lahir akan alami “kuning” atau jaundis — keadaan biasa, tapi jangan pandang ringan.
Kuning berlaku bila paras bilirubin dalam darah meningkat. Jika terlalu tinggi dan tak dipantau, ia boleh menjejaskan otak dan kesihatan bayi.
Tanda-Tanda Bayi Kuning
- Kulit & mata nampak kekuningan
- Bayi lesu atau kurang menyusu
- Najis pucat, air kencing kekuningan gelap
Kenapa Penting Buat Pemeriksaan?
- Tentukan tahap sebenar bilirubin dalam darah
- Bantu doktor tentukan rawatan awal
- Elak komplikasi serius akibat kuning tinggi
Di Klinik Perubatan Raudhah, Kami Menyediakan
- Ujian kuning bayi (bilirubin test) cepat & tepat
- Nasihat penyusuan & penjagaan bayi kuning
- Pemantauan berterusan hingga paras kembali normal
Jangan tunggu kuning makin teruk — datang untuk pemeriksaan kuning bayi hari ini.
Awal pantau, tenang ibu bapa, sihat bayi.
Doktor di Cawangan Padang Midin
5 doktor MMC berdaftar. Bila anda datang untuk pemeriksaan kuning bayi, anda dilayan oleh team yang sama setiap kali — bukan doktor berbeza tiap lawatan.
Lulusan MBBS dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 2018, dengan minat profesional dalam Perubatan Keluarga. Motto beliau: "Kita Mudahkan Urusan Orang, Allah Mudahkan Urusan Kita."
Lulusan MD dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada 2009, dengan tumpuan dalam Perubatan Keluarga. Pegangan beliau: "Begin with the end in mind."
Tamat MBBCh dari University of Cairo, Mesir pada 2017, dengan minat dalam Perubatan Keluarga. Pegangan beliau: "Sekecil kebaikan pasti ada, balasan kebaikannya juga disisi Allah."
Lulusan MD dari First Moscow State Medical University, Rusia pada 2012. Tumpuan klinikal beliau merangkumi pembedahan kecil serta perubatan ibu dan kanak-kanak. Falsafah beliau: "Be there for others, but never leave yourself behind."
Lulusan dari Monash University Malaysia pada 2009. Beliau berpegang bahawa peranan seorang doktor bukan sekadar merawat, tetapi juga memberi harapan kepada pesakit.