Berkhatan di Klinik Raudhah Besut
Prosedur sunat moden dengan bius setempat — selamat, cepat, dan selesa. Untuk bayi, kanak-kanak, dan dewasa.
Di Klinik Raudhah Cawangan Besut (Pusat Bandar Jerteh), perkhidmatan berkhatan disediakan untuk komuniti setempat. Kami beroperasi 24 jam — datang walk-in atau WhatsApp untuk tanya dahulu.
Memahami Prosedur Sunat
Sunat atau khatan ialah prosedur pembedahan kecil untuk membuang kulit lebihan (kulup) di hujung zakar. Selain tuntutan agama dan budaya, ia juga diiktiraf perubatan kerana manfaat kesihatannya.
Kebaikan Perubatan Sunat
- Kebersihan Mudah: Mengurangkan pengumpulan smegma dan bakteria
- Kurangkan Risiko Jangkitan Kencing (UTI): Terutama pada bayi
- Elak Masalah Fizikal: Seperti phimosis dan paraphimosis
- Perlindungan Jangka Panjang: Risiko rendah penyakit kelamin (STI) dan kanser zakar
Prosedur Moden — Selamat & Selesa
Doktor berpengalaman menggunakan bius setempat (local anesthesia), menjadikan prosedur cepat dan selesa. Panduan penjagaan luka disediakan untuk memastikan penyembuhan pantas dan lancar — termasuk temujanji susulan jika perlu.
Doktor di Cawangan Besut
4 doktor MMC berdaftar. Bila anda datang untuk berkhatan, anda dilayan oleh team yang sama setiap kali — bukan doktor berbeza tiap lawatan.
Lulusan dari Cyberjaya University College of Medical Sciences pada 2017. Beliau menekankan bahawa kesihatan memberi makna kepada segala-galanya dalam hidup.
Lulusan dari University of Tanta, Mesir. Tumpuan utama beliau adalah dalam bidang Pembedahan. Falsafah beliau: "Done is better than perfect."
Lulusan MD dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dengan minat dalam Penjagaan Primer. Pegangan beliau: "Always trust the process."
Lulusan MBBCh dari Zagazig University, Mesir, dengan tumpuan dalam Perubatan Kanak-kanak. Motto beliau: "Agi idup agi ngelaban."