Buka Buku Pink di Klinik Raudhah Besut
Langkah pertama kehamilan yang sihat — pemeriksaan menyeluruh, ujian darah, ultrasound, dan rekod Buku Pink ibu mengandung.
Di Klinik Raudhah Cawangan Besut (Pusat Bandar Jerteh), perkhidmatan buka buku pink disediakan untuk komuniti setempat. Kami beroperasi 24 jam — datang walk-in atau WhatsApp untuk tanya dahulu.
Langkah Pertama Kehamilan
“Buku Pink” atau Buku Rekod Kesihatan Ibu ialah rekod penting perjalanan kehamilan anda. Ia berfungsi sebagai “pasport kesihatan” ibu dan bayi sepanjang tempoh kehamilan — dibawa ke setiap lawatan, di mana-mana fasiliti.
Kenapa Buku Pink Penting?
Semua rekod kehamilan dicatat di sini, termasuk:
- Tekanan darah
- Berat badan
- Ujian air kencing
- Degupan jantung bayi
- Tumbesaran rahim
Ini memastikan penjagaan kehamilan yang berterusan dan selamat di mana-mana fasiliti kesihatan.
Bila Perlu Buka Buku Pink?
Seawal mungkin, sebaik-baiknya sebelum 12 minggu kehamilan. Lebih awal anda mula, lebih banyak risiko boleh dikesan dan dicegah.
Apa Berlaku Semasa Lawatan Pertama?
- Sejarah kesihatan ibu dan keluarga
- Ujian darah penting (kumpulan darah, Hb, saringan jangkitan)
- Imbasan ultrasound untuk sahkan usia dan kedudukan kandungan
- Nasihat pemakanan, suplemen dan gaya hidup sihat
Lawatan ini penting untuk memastikan kehamilan anda bermula dengan penjagaan yang betul dan terancang.
Doktor di Cawangan Besut
4 doktor MMC berdaftar. Bila anda datang untuk buka buku pink, anda dilayan oleh team yang sama setiap kali — bukan doktor berbeza tiap lawatan.
Lulusan dari Cyberjaya University College of Medical Sciences pada 2017. Beliau menekankan bahawa kesihatan memberi makna kepada segala-galanya dalam hidup.
Lulusan dari University of Tanta, Mesir. Tumpuan utama beliau adalah dalam bidang Pembedahan. Falsafah beliau: "Done is better than perfect."
Lulusan MD dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dengan minat dalam Penjagaan Primer. Pegangan beliau: "Always trust the process."
Lulusan MBBCh dari Zagazig University, Mesir, dengan tumpuan dalam Perubatan Kanak-kanak. Motto beliau: "Agi idup agi ngelaban."