Cryotherapy di Klinik Raudhah Besut
Suhu sejuk yang terkawal — meredakan sakit otot, sendi, dan keradangan tanpa bergantung pada ubat berlebihan. Sesuai untuk kecederaan sukan, terseliuh, atau pemulihan selepas aktiviti.
Di Klinik Raudhah Cawangan Besut (Pusat Bandar Jerteh), perkhidmatan cryotherapy disediakan untuk komuniti setempat. Kami beroperasi 24 jam — datang walk-in atau WhatsApp untuk tanya dahulu.
Sakit & Bengkak — Lega Tanpa Ubat Berlebihan
Terseliuh main bola petang tadi. Otot tegang lepas angkat barang berat. Lutut bengkak balik dari long-walk.
Cryotherapy menggunakan suhu sejuk yang terkawal untuk mengurangkan sakit, bengkak, dan keradangan — cara badan anda sendiri pulih, dipercepatkan dengan teknologi.
Macam Mana Ia Berfungsi?
Bila sesuatu kawasan tubuh anda cedera atau radang, badan hantar lebih banyak darah ke situ — itulah yang sebabkan bengkak dan rasa berdenyut.
Cryotherapy perlahankan aliran darah ke kawasan terjejas seketika, mengurangkan tindak balas keradangan dan rasa tidak selesa. Hasilnya:
- Sakit dikurangkan dengan cepat
- Bengkak surut lebih cepat
- Pemulihan semula jadi disokong tanpa ubat berlebihan
Sesuai Untuk Anda Kalau…
- Kecederaan sukan — terseliuh, lebam, otot tegang
- Sakit sendi atau sakit otot kronik
- Bengkak selepas aktiviti fizikal berat atau prosedur
- Mahu kurangkan kebergantungan kepada ubat tahan sakit
Selamat. Berkesan. Di Bawah Pemantauan Doktor.
Cryotherapy di Klinik Raudhah dijalankan di bawah pemantauan profesional kesihatan. Doktor akan menilai keadaan anda terlebih dahulu — pastikan rawatan ini sesuai, berkesan, dan selamat untuk anda.
Tersedia di Klinik Raudhah Padang Midin dan Besut. Datang berbincang dengan doktor hari ini.
Doktor di Cawangan Besut
4 doktor MMC berdaftar. Bila anda datang untuk cryotherapy, anda dilayan oleh team yang sama setiap kali — bukan doktor berbeza tiap lawatan.
Lulusan dari Cyberjaya University College of Medical Sciences pada 2017. Beliau menekankan bahawa kesihatan memberi makna kepada segala-galanya dalam hidup.
Lulusan dari University of Tanta, Mesir. Tumpuan utama beliau adalah dalam bidang Pembedahan. Falsafah beliau: "Done is better than perfect."
Lulusan MD dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dengan minat dalam Penjagaan Primer. Pegangan beliau: "Always trust the process."
Lulusan MBBCh dari Zagazig University, Mesir, dengan tumpuan dalam Perubatan Kanak-kanak. Motto beliau: "Agi idup agi ngelaban."