Cawangan Besut
Perkhidmatan · Besut

Cuci Luka di Klinik Raudhah Besut

Wound Dressing
24 Jam Pusat Bandar Jerteh

Cuci dan balut luka secara profesional — sembuh lebih cepat, kurang risiko jangkitan, kurang parut.

Di Klinik Raudhah Cawangan Besut (Pusat Bandar Jerteh), perkhidmatan cuci luka disediakan untuk komuniti setempat. Kami beroperasi 24 jam — datang walk-in atau WhatsApp untuk tanya dahulu.

Kenapa Ia Penting?

Penjagaan luka bukan sekadar meletakkan ubat dan plaster. Cuci dan balut luka secara profesional membantu luka sembuh dengan baik serta mengurangkan risiko jangkitan dan komplikasi — terutama untuk pesakit kencing manis.


Jenis Luka Yang Perlu Rawatan Klinik

  • Luka potong atau calar yang dalam
  • Luka melecur ringan
  • Luka selepas pembedahan kecil atau jahitan
  • Luka kronik seperti luka kencing manis atau pressure sore

Proses Cuci Luka Profesional

  • Membersih: Membersihkan luka secara steril untuk buang kotoran dan tisu mati
  • Menilai: Memeriksa tanda penyembuhan atau jangkitan
  • Membalut: Menggunakan balutan yang sesuai mengikut jenis luka
  • Menasihat: Panduan penjagaan luka di rumah dan temujanji susulan

Rawatan profesional memastikan luka dirawat dengan selamat, mempercepatkan penyembuhan dan mengurangkan risiko parut yang teruk.

Doktor di Cawangan Besut

4 doktor MMC berdaftar. Bila anda datang untuk cuci luka, anda dilayan oleh team yang sama setiap kali — bukan doktor berbeza tiap lawatan.

Aktif
Dr. Nisha
Dr. Nisha
MMC 89111

Lulusan dari Cyberjaya University College of Medical Sciences pada 2017. Beliau menekankan bahawa kesihatan memberi makna kepada segala-galanya dalam hidup.

Aktif
Dr. Arham
Dr. Arham
MMC 90076

Lulusan dari University of Tanta, Mesir. Tumpuan utama beliau adalah dalam bidang Pembedahan. Falsafah beliau: "Done is better than perfect."

Aktif
Dr. Nabilah
Dr. Nabilah
MMC 86100

Lulusan MD dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dengan minat dalam Penjagaan Primer. Pegangan beliau: "Always trust the process."

Aktif
Dr. Ajlaa
Dr. Ajlaa
MMC 91070

Lulusan MBBCh dari Zagazig University, Mesir, dengan tumpuan dalam Perubatan Kanak-kanak. Motto beliau: "Agi idup agi ngelaban."

● Cuci Luka · Besut

Tinggalkan Detail Anda, Kami Akan Hubungi

Team Klinik Raudhah Besut akan hubungi anda untuk jawab soalan tentang cuci luka, kos, atau atur slot.

Kami akan hubungi anda secepat mungkin. Maklumat anda tidak dikongsi dengan mana-mana pihak ketiga.