Cawangan Besut
Perkhidmatan · Besut

ECG di Klinik Raudhah Besut

Electrocardiogram
24 Jam Pusat Bandar Jerteh

Ujian jantung yang cepat, tidak menyakitkan, dan tidak invasif — mengesan irama jantung anormal, tanda serangan jantung, dan masalah elektrik jantung.

Di Klinik Raudhah Cawangan Besut (Pusat Bandar Jerteh), perkhidmatan ecg disediakan untuk komuniti setempat. Kami beroperasi 24 jam — datang walk-in atau WhatsApp untuk tanya dahulu.

Jantung Anda: Bagaimana Kita “Mendengar” Iramanya

Jantung bekerja tanpa henti 24/7, dan kesihatannya adalah asas kesejahteraan kita. Salah satu cara paling mudah dan penting untuk menilai kesihatan jantung ialah Electrocardiogram (ECG/EKG).


Apa Itu ECG?

ECG ialah ujian rutin, tidak menyakitkan dan tidak invasif yang merakam aktiviti elektrik jantung. Ia menukarkan degupan jantung kepada graf, membolehkan doktor mengesan irama jantung yang normal atau tidak normal.


Simptom Yang Memerlukan ECG

  • Sakit atau tidak selesa di dada
  • Sesak nafas
  • Jantung berdebar-debar
  • Pening atau rasa berpusing
  • Keletihan melampau tanpa sebab

Manfaat ECG

  • Mengesan arrhythmia (irama jantung tidak teratur)
  • Mengesan tanda serangan jantung atau keradangan jantung
  • Sebagai sebahagian saringan kesihatan berkala, terutamanya bagi mereka dengan risiko tinggi (kencing manis, darah tinggi, sejarah keluarga)

Prosedur ECG

  1. Baring & berehat
  2. Lekatkan elektrod kecil pada dada, lengan dan kaki
  3. Mesin merakam aktiviti elektrik jantung selama beberapa minit

Tiada rasa sakit atau kejutan elektrik. Keputusan biasanya boleh dianalisis serta-merta oleh doktor untuk penerangan lanjut.

Doktor di Cawangan Besut

4 doktor MMC berdaftar. Bila anda datang untuk ecg, anda dilayan oleh team yang sama setiap kali — bukan doktor berbeza tiap lawatan.

Aktif
Dr. Nisha
Dr. Nisha
MMC 89111

Lulusan dari Cyberjaya University College of Medical Sciences pada 2017. Beliau menekankan bahawa kesihatan memberi makna kepada segala-galanya dalam hidup.

Aktif
Dr. Arham
Dr. Arham
MMC 90076

Lulusan dari University of Tanta, Mesir. Tumpuan utama beliau adalah dalam bidang Pembedahan. Falsafah beliau: "Done is better than perfect."

Aktif
Dr. Nabilah
Dr. Nabilah
MMC 86100

Lulusan MD dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dengan minat dalam Penjagaan Primer. Pegangan beliau: "Always trust the process."

Aktif
Dr. Ajlaa
Dr. Ajlaa
MMC 91070

Lulusan MBBCh dari Zagazig University, Mesir, dengan tumpuan dalam Perubatan Kanak-kanak. Motto beliau: "Agi idup agi ngelaban."

● ECG · Besut

Tinggalkan Detail Anda, Kami Akan Hubungi

Team Klinik Raudhah Besut akan hubungi anda untuk jawab soalan tentang ecg, kos, atau atur slot.

Kami akan hubungi anda secepat mungkin. Maklumat anda tidak dikongsi dengan mana-mana pihak ketiga.