Cawangan Besut
Perkhidmatan · Besut

Doktor Ke Rumah di Klinik Raudhah Besut

Homevisit
24 Jam Pusat Bandar Jerteh

Tak larat ke klinik? Kami datang ke rumah anda — konsultasi, rawatan luka, tukar catheter, jaga warga emas. Rawatan datang kepada anda, bukan sebaliknya.

Di Klinik Raudhah Cawangan Besut (Pusat Bandar Jerteh), perkhidmatan doktor ke rumah disediakan untuk komuniti setempat. Kami beroperasi 24 jam — datang walk-in atau WhatsApp untuk tanya dahulu.

Perlukan Rawatan Tapi Tak Larat Ke Klinik?

Bila demam teruk, jaga warga emas, atau anak kecil tak sihat, pergi ke klinik boleh jadi satu cabaran.

Perkhidmatan Doktor Ke Rumah membolehkan anda menerima rawatan perubatan profesional terus di kediaman anda — tanpa perlu memandu, menunggu lama atau berdepan kesesakan.


Skop Perkhidmatan

  • Konsultasi & rawatan penyakit biasa (demam, batuk, selsema, sakit perut, cirit-birit, jangkitan ringan)
  • Prosedur kecil (rawatan luka, tukar catheter, tukar Ryle’s tube)

Sesuai Untuk

  • Warga emas & pesakit terlantar
  • Kanak-kanak yang tidak sihat
  • Individu yang perlukan rawatan selesa & peribadi di rumah

Jimat masa, lebih selesa dan kurangkan risiko jangkitan.

Rawatan datang kepada anda, bukan sebaliknya.

Doktor di Cawangan Besut

4 doktor MMC berdaftar. Bila anda datang untuk doktor ke rumah, anda dilayan oleh team yang sama setiap kali — bukan doktor berbeza tiap lawatan.

Aktif
Dr. Nisha
Dr. Nisha
MMC 89111

Lulusan dari Cyberjaya University College of Medical Sciences pada 2017. Beliau menekankan bahawa kesihatan memberi makna kepada segala-galanya dalam hidup.

Aktif
Dr. Arham
Dr. Arham
MMC 90076

Lulusan dari University of Tanta, Mesir. Tumpuan utama beliau adalah dalam bidang Pembedahan. Falsafah beliau: "Done is better than perfect."

Aktif
Dr. Nabilah
Dr. Nabilah
MMC 86100

Lulusan MD dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dengan minat dalam Penjagaan Primer. Pegangan beliau: "Always trust the process."

Aktif
Dr. Ajlaa
Dr. Ajlaa
MMC 91070

Lulusan MBBCh dari Zagazig University, Mesir, dengan tumpuan dalam Perubatan Kanak-kanak. Motto beliau: "Agi idup agi ngelaban."

● Doktor Ke Rumah · Besut

Tinggalkan Detail Anda, Kami Akan Hubungi

Team Klinik Raudhah Besut akan hubungi anda untuk jawab soalan tentang doktor ke rumah, kos, atau atur slot.

Kami akan hubungi anda secepat mungkin. Maklumat anda tidak dikongsi dengan mana-mana pihak ketiga.