IV Drip di Klinik Raudhah Besut
Cecair, vitamin, dan ubat terus ke aliran darah — penyerapan sehingga 100%, kesan pantas. Untuk dehidrasi, keletihan, atau pemulihan selepas sakit.
Di Klinik Raudhah Cawangan Besut (Pusat Bandar Jerteh), perkhidmatan iv drip disediakan untuk komuniti setempat. Kami beroperasi 24 jam — datang walk-in atau WhatsApp untuk tanya dahulu.
Apa Sebenarnya IV Drip?
IV Drip atau Terapi Intravena ialah kaedah rawatan di mana cecair, vitamin, mineral atau ubat disalurkan terus ke dalam aliran darah melalui urat.
Berbeza dengan pengambilan secara oral, IV Drip memintas sistem penghadaman, membolehkan penyerapan nutrien sehingga 100% dan memberi kesan yang lebih pantas.
Kegunaan IV Drip
- Rawatan dehidrasi
- Meningkatkan tenaga & hidrasi badan
- Bekalan vitamin dan mineral
- Membantu proses pemulihan selepas sakit
- Pemberian ubat seperti antibiotik
IV Drip perlu dilakukan oleh kakitangan perubatan bertauliah bagi memastikan keselamatan dan keberkesanan rawatan. Dos dan kandungan disesuaikan mengikut keperluan setiap pesakit.
Doktor di Cawangan Besut
4 doktor MMC berdaftar. Bila anda datang untuk iv drip, anda dilayan oleh team yang sama setiap kali — bukan doktor berbeza tiap lawatan.
Lulusan dari Cyberjaya University College of Medical Sciences pada 2017. Beliau menekankan bahawa kesihatan memberi makna kepada segala-galanya dalam hidup.
Lulusan dari University of Tanta, Mesir. Tumpuan utama beliau adalah dalam bidang Pembedahan. Falsafah beliau: "Done is better than perfect."
Lulusan MD dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dengan minat dalam Penjagaan Primer. Pegangan beliau: "Always trust the process."
Lulusan MBBCh dari Zagazig University, Mesir, dengan tumpuan dalam Perubatan Kanak-kanak. Motto beliau: "Agi idup agi ngelaban."