Nebuliser di Klinik Raudhah Besut
Ubat cecair ditukar jadi kabus halus dan disedut terus ke paru-paru — untuk asma, lelah, COPD, dan jangkitan paru-paru. Sesuai untuk kanak-kanak dan warga emas.
Di Klinik Raudhah Cawangan Besut (Pusat Bandar Jerteh), perkhidmatan nebuliser disediakan untuk komuniti setempat. Kami beroperasi 24 jam — datang walk-in atau WhatsApp untuk tanya dahulu.
Memahami Rawatan Nebuliser
Nebuliser ialah kaedah rawatan di mana ubat cecair ditukarkan menjadi kabus halus (aerosol) dan disedut terus ke paru-paru melalui topeng muka atau corong mulut. Mesin menggunakan pemampat kecil untuk menghasilkan wap yang boleh disedut sambil bernafas seperti biasa.
Digunakan Untuk
- Asma (Lelah)
- COPD (Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik)
- Bronkiolitis & beberapa jangkitan paru-paru
Kelebihan Nebuliser Berbanding Inhaler
- Mudah Digunakan: Tiada teknik pernafasan khusus diperlukan, sesuai untuk kanak-kanak, warga emas, atau pesakit sesak nafas
- Penyerapan Pantas: Ubat terus ke paru-paru untuk kesan segera
- Dos Berkesan: Boleh hantar dos tinggi terus ke sasaran jika perlu
Doktor di Cawangan Besut
4 doktor MMC berdaftar. Bila anda datang untuk nebuliser, anda dilayan oleh team yang sama setiap kali — bukan doktor berbeza tiap lawatan.
Lulusan dari Cyberjaya University College of Medical Sciences pada 2017. Beliau menekankan bahawa kesihatan memberi makna kepada segala-galanya dalam hidup.
Lulusan dari University of Tanta, Mesir. Tumpuan utama beliau adalah dalam bidang Pembedahan. Falsafah beliau: "Done is better than perfect."
Lulusan MD dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dengan minat dalam Penjagaan Primer. Pegangan beliau: "Always trust the process."
Lulusan MBBCh dari Zagazig University, Mesir, dengan tumpuan dalam Perubatan Kanak-kanak. Motto beliau: "Agi idup agi ngelaban."