Cawangan Besut
Perkhidmatan · Besut

Pemeriksaan Kesihatan di Klinik Raudhah Besut

Health Check-Up
24 Jam Pusat Bandar Jerteh

Jangan tunggu sakit. Kesan penyakit senyap — kencing manis, darah tinggi, kolesterol — sebelum ia merosakkan organ penting tanpa disedari.

Di Klinik Raudhah Cawangan Besut (Pusat Bandar Jerteh), perkhidmatan pemeriksaan kesihatan disediakan untuk komuniti setempat. Kami beroperasi 24 jam — datang walk-in atau WhatsApp untuk tanya dahulu.

“Check-Up” Kesihatan: Kenapa Perlu Tunggu Sakit?

Ramai hanya berjumpa doktor apabila sudah jatuh sakit. Hakikatnya, perubatan moden menekankan pencegahan — bertindak sebelum penyakit muncul.


Mengesan Penyakit Senyap

Pemeriksaan kesihatan berkala membantu mengesan penyakit tanpa gejala seperti:

  • Kencing manis
  • Tekanan darah tinggi
  • Kolesterol tinggi

Penyakit ini boleh merosakkan organ penting secara perlahan tanpa disedari — buah pinggang, jantung, mata, saraf.


Kelebihan Pemeriksaan Awal

  • Rawatan lebih mudah dan berkesan
  • Boleh dikawal melalui gaya hidup dan pemakanan
  • Mencegah komplikasi serius seperti serangan jantung dan strok

Pemeriksaan biasanya melibatkan ujian darah, ujian air kencing dan pemeriksaan fizikal. Keputusan akan diterangkan oleh doktor untuk membantu anda merancang langkah kesihatan seterusnya.


Jangan tunggu sakit. Jadikan pemeriksaan kesihatan sebagai pelaburan untuk masa depan anda dan keluarga.

Doktor di Cawangan Besut

4 doktor MMC berdaftar. Bila anda datang untuk pemeriksaan kesihatan, anda dilayan oleh team yang sama setiap kali — bukan doktor berbeza tiap lawatan.

Aktif
Dr. Nisha
Dr. Nisha
MMC 89111

Lulusan dari Cyberjaya University College of Medical Sciences pada 2017. Beliau menekankan bahawa kesihatan memberi makna kepada segala-galanya dalam hidup.

Aktif
Dr. Arham
Dr. Arham
MMC 90076

Lulusan dari University of Tanta, Mesir. Tumpuan utama beliau adalah dalam bidang Pembedahan. Falsafah beliau: "Done is better than perfect."

Aktif
Dr. Nabilah
Dr. Nabilah
MMC 86100

Lulusan MD dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dengan minat dalam Penjagaan Primer. Pegangan beliau: "Always trust the process."

Aktif
Dr. Ajlaa
Dr. Ajlaa
MMC 91070

Lulusan MBBCh dari Zagazig University, Mesir, dengan tumpuan dalam Perubatan Kanak-kanak. Motto beliau: "Agi idup agi ngelaban."

● Pemeriksaan Kesihatan · Besut

Tinggalkan Detail Anda, Kami Akan Hubungi

Team Klinik Raudhah Besut akan hubungi anda untuk jawab soalan tentang pemeriksaan kesihatan, kos, atau atur slot.

Kami akan hubungi anda secepat mungkin. Maklumat anda tidak dikongsi dengan mana-mana pihak ketiga.