Cawangan Kuala Berang
Perkhidmatan · Kuala Berang

Berkhatan di Klinik Raudhah Kuala Berang

Sunat / Khatan / Circumcision
24 Jam Hulu Terengganu

Prosedur sunat moden dengan bius setempat — selamat, cepat, dan selesa. Untuk bayi, kanak-kanak, dan dewasa.

Di Klinik Raudhah Cawangan Kuala Berang (Hulu Terengganu), perkhidmatan berkhatan disediakan untuk komuniti setempat. Kami beroperasi 24 jam — datang walk-in atau WhatsApp untuk tanya dahulu.

Memahami Prosedur Sunat

Sunat atau khatan ialah prosedur pembedahan kecil untuk membuang kulit lebihan (kulup) di hujung zakar. Selain tuntutan agama dan budaya, ia juga diiktiraf perubatan kerana manfaat kesihatannya.


Kebaikan Perubatan Sunat

  • Kebersihan Mudah: Mengurangkan pengumpulan smegma dan bakteria
  • Kurangkan Risiko Jangkitan Kencing (UTI): Terutama pada bayi
  • Elak Masalah Fizikal: Seperti phimosis dan paraphimosis
  • Perlindungan Jangka Panjang: Risiko rendah penyakit kelamin (STI) dan kanser zakar

Prosedur Moden — Selamat & Selesa

Doktor berpengalaman menggunakan bius setempat (local anesthesia), menjadikan prosedur cepat dan selesa. Panduan penjagaan luka disediakan untuk memastikan penyembuhan pantas dan lancar — termasuk temujanji susulan jika perlu.

Doktor di Cawangan Kuala Berang

4 doktor MMC berdaftar. Bila anda datang untuk berkhatan, anda dilayan oleh team yang sama setiap kali — bukan doktor berbeza tiap lawatan.

Aktif
Dr. Aini
Dr. Aini
MMC 64812

Lulusan MBBS dari Universiti Malaya (UM) pada 2013, dengan minat dalam Perubatan Am. Pegangan beliau: "Wherever the art of Medicine is loved, there is also a love of Humanity."

Aktif
Dr. Nabil
Dr. Nabil
MMC 72191

Lulusan dari RCSI/PMC dengan minat dalam Perubatan Keluarga. Pandangan beliau: "Your devotion and care bring healing, comfort and hope."

Aktif
Dr. Rima
Dr. Rima
MMC 75187

Lulusan MBBS dari National University of Ireland pada 2014, dengan tumpuan dalam Perubatan Keluarga. Motto beliau: "Hidup saling membahagiakan kerana Allah."

Aktif
Dr. Syakirah
Dr. Syakirah
MMC 92862

Lulusan MBBS dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 2018, dengan tumpuan dalam Perubatan Keluarga. Motto beliau: "Choose adventures, not comfort."

● Berkhatan · Kuala Berang

Tinggalkan Detail Anda, Kami Akan Hubungi

Team Klinik Raudhah Kuala Berang akan hubungi anda untuk jawab soalan tentang berkhatan, kos, atau atur slot.

Kami akan hubungi anda secepat mungkin. Maklumat anda tidak dikongsi dengan mana-mana pihak ketiga.