Cawangan Kuala Berang
Perkhidmatan · Kuala Berang

Perancang Kehamilan di Klinik Raudhah Kuala Berang

Family Planning
24 Jam Hulu Terengganu

Pil, suntikan, implan, IUD, kondom — pelbagai pilihan perancang keluarga. Perbincangan sulit dengan doktor untuk pilih kaedah paling sesuai untuk anda.

Di Klinik Raudhah Cawangan Kuala Berang (Hulu Terengganu), perkhidmatan perancang kehamilan disediakan untuk komuniti setempat. Kami beroperasi 24 jam — datang walk-in atau WhatsApp untuk tanya dahulu.

Lebih Sekadar “Menjarak”

Perancangan keluarga bukan sekadar mencegah kehamilan. Ia membantu individu dan pasangan membuat keputusan yang tepat tentang bila masa terbaik untuk mempunyai anak demi kesihatan ibu, anak dan kesejahteraan keluarga.


Kenapa Perlu Nasihat Doktor?

Setiap individu berbeza. Kaedah perancang keluarga yang sesuai bergantung kepada:

  • Keadaan kesihatan
  • Gaya hidup
  • Perancangan masa depan

Perbincangan sulit dengan doktor membantu anda memahami pilihan yang paling sesuai — tanpa rasa segan, tanpa rasa terburu-buru.


Pilihan Perancang Keluarga

  • Pil Perancang: Diambil setiap hari dan perlu konsisten
  • Suntikan: Perlindungan untuk tempoh tertentu (contoh: 3 bulan)
  • Implan: Alat kecil di bawah kulit lengan untuk perlindungan jangka panjang
  • Kaedah Lain: IUD, kondom dan kaedah semulajadi

Nasihat perubatan profesional membantu anda memilih kaedah yang selamat, berkesan dan sesuai dengan keperluan anda.

Doktor di Cawangan Kuala Berang

4 doktor MMC berdaftar. Bila anda datang untuk perancang kehamilan, anda dilayan oleh team yang sama setiap kali — bukan doktor berbeza tiap lawatan.

Aktif
Dr. Aini
Dr. Aini
MMC 64812

Lulusan MBBS dari Universiti Malaya (UM) pada 2013, dengan minat dalam Perubatan Am. Pegangan beliau: "Wherever the art of Medicine is loved, there is also a love of Humanity."

Aktif
Dr. Nabil
Dr. Nabil
MMC 72191

Lulusan dari RCSI/PMC dengan minat dalam Perubatan Keluarga. Pandangan beliau: "Your devotion and care bring healing, comfort and hope."

Aktif
Dr. Rima
Dr. Rima
MMC 75187

Lulusan MBBS dari National University of Ireland pada 2014, dengan tumpuan dalam Perubatan Keluarga. Motto beliau: "Hidup saling membahagiakan kerana Allah."

Aktif
Dr. Syakirah
Dr. Syakirah
MMC 92862

Lulusan MBBS dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 2018, dengan tumpuan dalam Perubatan Keluarga. Motto beliau: "Choose adventures, not comfort."

● Perancang Kehamilan · Kuala Berang

Tinggalkan Detail Anda, Kami Akan Hubungi

Team Klinik Raudhah Kuala Berang akan hubungi anda untuk jawab soalan tentang perancang kehamilan, kos, atau atur slot.

Kami akan hubungi anda secepat mungkin. Maklumat anda tidak dikongsi dengan mana-mana pihak ketiga.