Cawangan Manir
Perkhidmatan · Manir

ECG di Klinik Raudhah Manir

Electrocardiogram
16 Jam (8am – 12am) Kuala Terengganu

Ujian jantung yang cepat, tidak menyakitkan, dan tidak invasif — mengesan irama jantung anormal, tanda serangan jantung, dan masalah elektrik jantung.

Di Klinik Raudhah Cawangan Manir (Kuala Terengganu), perkhidmatan ecg disediakan untuk komuniti setempat. Kami beroperasi 16 jam (8am – 12am) — datang walk-in atau WhatsApp untuk tanya dahulu.

Jantung Anda: Bagaimana Kita “Mendengar” Iramanya

Jantung bekerja tanpa henti 24/7, dan kesihatannya adalah asas kesejahteraan kita. Salah satu cara paling mudah dan penting untuk menilai kesihatan jantung ialah Electrocardiogram (ECG/EKG).


Apa Itu ECG?

ECG ialah ujian rutin, tidak menyakitkan dan tidak invasif yang merakam aktiviti elektrik jantung. Ia menukarkan degupan jantung kepada graf, membolehkan doktor mengesan irama jantung yang normal atau tidak normal.


Simptom Yang Memerlukan ECG

  • Sakit atau tidak selesa di dada
  • Sesak nafas
  • Jantung berdebar-debar
  • Pening atau rasa berpusing
  • Keletihan melampau tanpa sebab

Manfaat ECG

  • Mengesan arrhythmia (irama jantung tidak teratur)
  • Mengesan tanda serangan jantung atau keradangan jantung
  • Sebagai sebahagian saringan kesihatan berkala, terutamanya bagi mereka dengan risiko tinggi (kencing manis, darah tinggi, sejarah keluarga)

Prosedur ECG

  1. Baring & berehat
  2. Lekatkan elektrod kecil pada dada, lengan dan kaki
  3. Mesin merakam aktiviti elektrik jantung selama beberapa minit

Tiada rasa sakit atau kejutan elektrik. Keputusan biasanya boleh dianalisis serta-merta oleh doktor untuk penerangan lanjut.

Doktor di Cawangan Manir

3 doktor MMC berdaftar. Bila anda datang untuk ecg, anda dilayan oleh team yang sama setiap kali — bukan doktor berbeza tiap lawatan.

Aktif
Dr. Syakina
Dr. Syakina
MMC 72194
Aktif
Dr. Zhariff
Dr. Zhariff
MMC 102703
Aktif
Dr. Kasma
Dr. Kasma
MMC 101862
● ECG · Manir

Tinggalkan Detail Anda, Kami Akan Hubungi

Team Klinik Raudhah Manir akan hubungi anda untuk jawab soalan tentang ecg, kos, atau atur slot.

Kami akan hubungi anda secepat mungkin. Maklumat anda tidak dikongsi dengan mana-mana pihak ketiga.