Cawangan Seberang Takir
Perkhidmatan · Seberang Takir

Berkhatan di Klinik Raudhah Seberang Takir

Sunat / Khatan / Circumcision
24 Jam Kuala Terengganu

Prosedur sunat moden dengan bius setempat — selamat, cepat, dan selesa. Untuk bayi, kanak-kanak, dan dewasa.

Di Klinik Raudhah Cawangan Seberang Takir (Kuala Terengganu), perkhidmatan berkhatan disediakan untuk komuniti setempat. Kami beroperasi 24 jam — datang walk-in atau WhatsApp untuk tanya dahulu.

Memahami Prosedur Sunat

Sunat atau khatan ialah prosedur pembedahan kecil untuk membuang kulit lebihan (kulup) di hujung zakar. Selain tuntutan agama dan budaya, ia juga diiktiraf perubatan kerana manfaat kesihatannya.


Kebaikan Perubatan Sunat

  • Kebersihan Mudah: Mengurangkan pengumpulan smegma dan bakteria
  • Kurangkan Risiko Jangkitan Kencing (UTI): Terutama pada bayi
  • Elak Masalah Fizikal: Seperti phimosis dan paraphimosis
  • Perlindungan Jangka Panjang: Risiko rendah penyakit kelamin (STI) dan kanser zakar

Prosedur Moden — Selamat & Selesa

Doktor berpengalaman menggunakan bius setempat (local anesthesia), menjadikan prosedur cepat dan selesa. Panduan penjagaan luka disediakan untuk memastikan penyembuhan pantas dan lancar — termasuk temujanji susulan jika perlu.

Doktor di Cawangan Seberang Takir

3 doktor MMC berdaftar. Bila anda datang untuk berkhatan, anda dilayan oleh team yang sama setiap kali — bukan doktor berbeza tiap lawatan.

Aktif
Dr. Anys
Dr. Anys
MMC 89403

Lulusan MBBS dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 2017, dengan minat dalam perubatan ibu dan kanak-kanak. Inspirasi beliau: "Start where you are. Use what you have. Do what you can."

Aktif
Dr. Azraie
Dr. Azraie
MMC 76034

Lulusan MBBS dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 2015, dengan tumpuan dalam Perubatan Kecemasan. Motto beliau: "Empathy will not fail you."

Aktif
Dr. Syaza
Dr. Syaza
MMC 94713

Lulusan dari First Moscow State Medical University (MSMU), Rusia pada 2018, dengan minat khusus dalam rawatan luka dan pembedahan kecil. Falsafah beliau: "What missed you was not destined to you, what hit you could never missed you."

● Berkhatan · Seberang Takir

Tinggalkan Detail Anda, Kami Akan Hubungi

Team Klinik Raudhah Seberang Takir akan hubungi anda untuk jawab soalan tentang berkhatan, kos, atau atur slot.

Kami akan hubungi anda secepat mungkin. Maklumat anda tidak dikongsi dengan mana-mana pihak ketiga.