Cawangan Seberang Takir
Perkhidmatan · Seberang Takir

Buka Buku Pink di Klinik Raudhah Seberang Takir

Lawatan Antenatal Pertama
24 Jam Kuala Terengganu

Langkah pertama kehamilan yang sihat — pemeriksaan menyeluruh, ujian darah, ultrasound, dan rekod Buku Pink ibu mengandung.

Di Klinik Raudhah Cawangan Seberang Takir (Kuala Terengganu), perkhidmatan buka buku pink disediakan untuk komuniti setempat. Kami beroperasi 24 jam — datang walk-in atau WhatsApp untuk tanya dahulu.

Langkah Pertama Kehamilan

“Buku Pink” atau Buku Rekod Kesihatan Ibu ialah rekod penting perjalanan kehamilan anda. Ia berfungsi sebagai “pasport kesihatan” ibu dan bayi sepanjang tempoh kehamilan — dibawa ke setiap lawatan, di mana-mana fasiliti.


Kenapa Buku Pink Penting?

Semua rekod kehamilan dicatat di sini, termasuk:

  • Tekanan darah
  • Berat badan
  • Ujian air kencing
  • Degupan jantung bayi
  • Tumbesaran rahim

Ini memastikan penjagaan kehamilan yang berterusan dan selamat di mana-mana fasiliti kesihatan.


Bila Perlu Buka Buku Pink?

Seawal mungkin, sebaik-baiknya sebelum 12 minggu kehamilan. Lebih awal anda mula, lebih banyak risiko boleh dikesan dan dicegah.


Apa Berlaku Semasa Lawatan Pertama?

  • Sejarah kesihatan ibu dan keluarga
  • Ujian darah penting (kumpulan darah, Hb, saringan jangkitan)
  • Imbasan ultrasound untuk sahkan usia dan kedudukan kandungan
  • Nasihat pemakanan, suplemen dan gaya hidup sihat

Lawatan ini penting untuk memastikan kehamilan anda bermula dengan penjagaan yang betul dan terancang.

Doktor di Cawangan Seberang Takir

3 doktor MMC berdaftar. Bila anda datang untuk buka buku pink, anda dilayan oleh team yang sama setiap kali — bukan doktor berbeza tiap lawatan.

Aktif
Dr. Anys
Dr. Anys
MMC 89403

Lulusan MBBS dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 2017, dengan minat dalam perubatan ibu dan kanak-kanak. Inspirasi beliau: "Start where you are. Use what you have. Do what you can."

Aktif
Dr. Azraie
Dr. Azraie
MMC 76034

Lulusan MBBS dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 2015, dengan tumpuan dalam Perubatan Kecemasan. Motto beliau: "Empathy will not fail you."

Aktif
Dr. Syaza
Dr. Syaza
MMC 94713

Lulusan dari First Moscow State Medical University (MSMU), Rusia pada 2018, dengan minat khusus dalam rawatan luka dan pembedahan kecil. Falsafah beliau: "What missed you was not destined to you, what hit you could never missed you."

● Buka Buku Pink · Seberang Takir

Tinggalkan Detail Anda, Kami Akan Hubungi

Team Klinik Raudhah Seberang Takir akan hubungi anda untuk jawab soalan tentang buka buku pink, kos, atau atur slot.

Kami akan hubungi anda secepat mungkin. Maklumat anda tidak dikongsi dengan mana-mana pihak ketiga.