Cawangan Seberang Takir
Perkhidmatan · Seberang Takir

IV Drip di Klinik Raudhah Seberang Takir

Terapi Intravena
24 Jam Kuala Terengganu

Cecair, vitamin, dan ubat terus ke aliran darah — penyerapan sehingga 100%, kesan pantas. Untuk dehidrasi, keletihan, atau pemulihan selepas sakit.

Di Klinik Raudhah Cawangan Seberang Takir (Kuala Terengganu), perkhidmatan iv drip disediakan untuk komuniti setempat. Kami beroperasi 24 jam — datang walk-in atau WhatsApp untuk tanya dahulu.

Apa Sebenarnya IV Drip?

IV Drip atau Terapi Intravena ialah kaedah rawatan di mana cecair, vitamin, mineral atau ubat disalurkan terus ke dalam aliran darah melalui urat.

Berbeza dengan pengambilan secara oral, IV Drip memintas sistem penghadaman, membolehkan penyerapan nutrien sehingga 100% dan memberi kesan yang lebih pantas.


Kegunaan IV Drip

  • Rawatan dehidrasi
  • Meningkatkan tenaga & hidrasi badan
  • Bekalan vitamin dan mineral
  • Membantu proses pemulihan selepas sakit
  • Pemberian ubat seperti antibiotik

IV Drip perlu dilakukan oleh kakitangan perubatan bertauliah bagi memastikan keselamatan dan keberkesanan rawatan. Dos dan kandungan disesuaikan mengikut keperluan setiap pesakit.

Doktor di Cawangan Seberang Takir

3 doktor MMC berdaftar. Bila anda datang untuk iv drip, anda dilayan oleh team yang sama setiap kali — bukan doktor berbeza tiap lawatan.

Aktif
Dr. Anys
Dr. Anys
MMC 89403

Lulusan MBBS dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 2017, dengan minat dalam perubatan ibu dan kanak-kanak. Inspirasi beliau: "Start where you are. Use what you have. Do what you can."

Aktif
Dr. Azraie
Dr. Azraie
MMC 76034

Lulusan MBBS dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 2015, dengan tumpuan dalam Perubatan Kecemasan. Motto beliau: "Empathy will not fail you."

Aktif
Dr. Syaza
Dr. Syaza
MMC 94713

Lulusan dari First Moscow State Medical University (MSMU), Rusia pada 2018, dengan minat khusus dalam rawatan luka dan pembedahan kecil. Falsafah beliau: "What missed you was not destined to you, what hit you could never missed you."

● IV Drip · Seberang Takir

Tinggalkan Detail Anda, Kami Akan Hubungi

Team Klinik Raudhah Seberang Takir akan hubungi anda untuk jawab soalan tentang iv drip, kos, atau atur slot.

Kami akan hubungi anda secepat mungkin. Maklumat anda tidak dikongsi dengan mana-mana pihak ketiga.