Cawangan Seberang Takir
Perkhidmatan · Seberang Takir

Kesihatan Wanita di Klinik Raudhah Seberang Takir

Women's Health
24 Jam Kuala Terengganu

Pap smear, masalah keputihan, kitaran haid, pemeriksaan payudara, perancang keluarga — penjagaan profesional dalam suasana selesa dan sulit.

Di Klinik Raudhah Cawangan Seberang Takir (Kuala Terengganu), perkhidmatan kesihatan wanita disediakan untuk komuniti setempat. Kami beroperasi 24 jam — datang walk-in atau WhatsApp untuk tanya dahulu.

Memahami Kesihatan Wanita

Kesihatan wanita merangkumi lebih daripada kehamilan dan kitaran haid. Ia melibatkan keseimbangan hormon, kesuburan, kesihatan reproduktif serta saringan dan pencegahan kanser khusus wanita.


Pemeriksaan & Perkhidmatan Penting

  • Pap Smear: Ujian saringan penting untuk pengesanan awal kanser serviks, disyorkan secara berkala
  • Masalah Keputihan: Pemeriksaan bagi keputihan berbau, gatal atau berubah warna
  • Pengurusan Kitaran Haid: Untuk haid tidak teratur, senggugut teruk atau pendarahan berlebihan
  • Pemeriksaan Payudara: Mengesan ketulan atau perubahan luar biasa pada peringkat awal
  • Perancang Keluarga: Nasihat dan pemilihan kaedah kontrasepsi yang sesuai

Kesihatan wanita adalah bersifat peribadi. Pemeriksaan profesional dalam suasana yang selesa dan sulit membantu memastikan rawatan awal serta kesejahteraan jangka panjang.

Doktor di Cawangan Seberang Takir

3 doktor MMC berdaftar. Bila anda datang untuk kesihatan wanita, anda dilayan oleh team yang sama setiap kali — bukan doktor berbeza tiap lawatan.

Aktif
Dr. Anys
Dr. Anys
MMC 89403

Lulusan MBBS dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 2017, dengan minat dalam perubatan ibu dan kanak-kanak. Inspirasi beliau: "Start where you are. Use what you have. Do what you can."

Aktif
Dr. Azraie
Dr. Azraie
MMC 76034

Lulusan MBBS dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 2015, dengan tumpuan dalam Perubatan Kecemasan. Motto beliau: "Empathy will not fail you."

Aktif
Dr. Syaza
Dr. Syaza
MMC 94713

Lulusan dari First Moscow State Medical University (MSMU), Rusia pada 2018, dengan minat khusus dalam rawatan luka dan pembedahan kecil. Falsafah beliau: "What missed you was not destined to you, what hit you could never missed you."

● Kesihatan Wanita · Seberang Takir

Tinggalkan Detail Anda, Kami Akan Hubungi

Team Klinik Raudhah Seberang Takir akan hubungi anda untuk jawab soalan tentang kesihatan wanita, kos, atau atur slot.

Kami akan hubungi anda secepat mungkin. Maklumat anda tidak dikongsi dengan mana-mana pihak ketiga.