Nebuliser di Klinik Raudhah Seberang Takir
Ubat cecair ditukar jadi kabus halus dan disedut terus ke paru-paru — untuk asma, lelah, COPD, dan jangkitan paru-paru. Sesuai untuk kanak-kanak dan warga emas.
Di Klinik Raudhah Cawangan Seberang Takir (Kuala Terengganu), perkhidmatan nebuliser disediakan untuk komuniti setempat. Kami beroperasi 24 jam — datang walk-in atau WhatsApp untuk tanya dahulu.
Memahami Rawatan Nebuliser
Nebuliser ialah kaedah rawatan di mana ubat cecair ditukarkan menjadi kabus halus (aerosol) dan disedut terus ke paru-paru melalui topeng muka atau corong mulut. Mesin menggunakan pemampat kecil untuk menghasilkan wap yang boleh disedut sambil bernafas seperti biasa.
Digunakan Untuk
- Asma (Lelah)
- COPD (Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik)
- Bronkiolitis & beberapa jangkitan paru-paru
Kelebihan Nebuliser Berbanding Inhaler
- Mudah Digunakan: Tiada teknik pernafasan khusus diperlukan, sesuai untuk kanak-kanak, warga emas, atau pesakit sesak nafas
- Penyerapan Pantas: Ubat terus ke paru-paru untuk kesan segera
- Dos Berkesan: Boleh hantar dos tinggi terus ke sasaran jika perlu
Doktor di Cawangan Seberang Takir
3 doktor MMC berdaftar. Bila anda datang untuk nebuliser, anda dilayan oleh team yang sama setiap kali — bukan doktor berbeza tiap lawatan.
Lulusan MBBS dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 2017, dengan minat dalam perubatan ibu dan kanak-kanak. Inspirasi beliau: "Start where you are. Use what you have. Do what you can."
Lulusan MBBS dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 2015, dengan tumpuan dalam Perubatan Kecemasan. Motto beliau: "Empathy will not fail you."
Lulusan dari First Moscow State Medical University (MSMU), Rusia pada 2018, dengan minat khusus dalam rawatan luka dan pembedahan kecil. Falsafah beliau: "What missed you was not destined to you, what hit you could never missed you."