Cawangan Seberang Takir
Perkhidmatan · Seberang Takir

Pemeriksaan Kesihatan di Klinik Raudhah Seberang Takir

Health Check-Up
24 Jam Kuala Terengganu

Jangan tunggu sakit. Kesan penyakit senyap — kencing manis, darah tinggi, kolesterol — sebelum ia merosakkan organ penting tanpa disedari.

Di Klinik Raudhah Cawangan Seberang Takir (Kuala Terengganu), perkhidmatan pemeriksaan kesihatan disediakan untuk komuniti setempat. Kami beroperasi 24 jam — datang walk-in atau WhatsApp untuk tanya dahulu.

“Check-Up” Kesihatan: Kenapa Perlu Tunggu Sakit?

Ramai hanya berjumpa doktor apabila sudah jatuh sakit. Hakikatnya, perubatan moden menekankan pencegahan — bertindak sebelum penyakit muncul.


Mengesan Penyakit Senyap

Pemeriksaan kesihatan berkala membantu mengesan penyakit tanpa gejala seperti:

  • Kencing manis
  • Tekanan darah tinggi
  • Kolesterol tinggi

Penyakit ini boleh merosakkan organ penting secara perlahan tanpa disedari — buah pinggang, jantung, mata, saraf.


Kelebihan Pemeriksaan Awal

  • Rawatan lebih mudah dan berkesan
  • Boleh dikawal melalui gaya hidup dan pemakanan
  • Mencegah komplikasi serius seperti serangan jantung dan strok

Pemeriksaan biasanya melibatkan ujian darah, ujian air kencing dan pemeriksaan fizikal. Keputusan akan diterangkan oleh doktor untuk membantu anda merancang langkah kesihatan seterusnya.


Jangan tunggu sakit. Jadikan pemeriksaan kesihatan sebagai pelaburan untuk masa depan anda dan keluarga.

Doktor di Cawangan Seberang Takir

3 doktor MMC berdaftar. Bila anda datang untuk pemeriksaan kesihatan, anda dilayan oleh team yang sama setiap kali — bukan doktor berbeza tiap lawatan.

Aktif
Dr. Anys
Dr. Anys
MMC 89403

Lulusan MBBS dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 2017, dengan minat dalam perubatan ibu dan kanak-kanak. Inspirasi beliau: "Start where you are. Use what you have. Do what you can."

Aktif
Dr. Azraie
Dr. Azraie
MMC 76034

Lulusan MBBS dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 2015, dengan tumpuan dalam Perubatan Kecemasan. Motto beliau: "Empathy will not fail you."

Aktif
Dr. Syaza
Dr. Syaza
MMC 94713

Lulusan dari First Moscow State Medical University (MSMU), Rusia pada 2018, dengan minat khusus dalam rawatan luka dan pembedahan kecil. Falsafah beliau: "What missed you was not destined to you, what hit you could never missed you."

● Pemeriksaan Kesihatan · Seberang Takir

Tinggalkan Detail Anda, Kami Akan Hubungi

Team Klinik Raudhah Seberang Takir akan hubungi anda untuk jawab soalan tentang pemeriksaan kesihatan, kos, atau atur slot.

Kami akan hubungi anda secepat mungkin. Maklumat anda tidak dikongsi dengan mana-mana pihak ketiga.