Rawatan Suntikan Lutut di Klinik Raudhah Seberang Takir
Lutut sakit tiap kali bangun? Susah jongkok, naik tangga pun terketar? Suntikan asid hialuronik kurangkan geseran, hilangkan sakit, dan pulihkan pergerakan — tanpa pembedahan.
Di Klinik Raudhah Cawangan Seberang Takir (Kuala Terengganu), perkhidmatan rawatan suntikan lutut disediakan untuk komuniti setempat. Kami beroperasi 24 jam — datang walk-in atau WhatsApp untuk tanya dahulu.
Lutut Anda Sedang Minta Tolong
Bunyi “krak” bila bangun. Susah jongkok angkat cucu. Elak naik tangga sebab dah tahu sakitnya.
Itu bukan sekadar “dah tua” — itu tulang rawan dalam sendi anda yang dah haus. Tulang bergeser tulang. Dan ia akan jadi lebih teruk kalau diabaikan.
Punca Sakit Lutut
- Osteoartritis (OA) — paling biasa di kalangan warga emas
- Kecederaan ligamen atau meniskus — dari jatuh, terseliuh, atau aktiviti berat
- Keradangan sendi seperti rheumatoid arthritis
- Tendinitis — radang urat sekitar lutut
Diagnosis tepat = rawatan tepat. Doktor kami akan periksa lutut anda dengan teliti dulu.
Suntikan Pelincir Sendi — Macam Engsel Pintu
Sendi lutut anda ada cecair semula jadi yang lincirkan pergerakan. Seiring usia atau OA, cecair ini berkurang — macam engsel pintu yang dah kering dan berderit.
Suntikan asid hialuronik mengembalikan pelincir itu. Kesannya:
- Kurangkan geseran antara tulang
- Hilangkan atau kurangkan sakit
- Pulihkan pergerakan anda
- Lambatkan kerosakan sendi
Tak perlu pembedahan. Boleh dibuat di klinik. Balik rumah hari yang sama.
Jumpa Doktor Dulu
Setiap lutut berbeza. Datang ke Klinik Raudhah Seberang Takir — biar doktor periksa, dan bersama-sama kita rancang pelan rawatan yang sesuai untuk anda.
Doktor di Cawangan Seberang Takir
3 doktor MMC berdaftar. Bila anda datang untuk rawatan suntikan lutut, anda dilayan oleh team yang sama setiap kali — bukan doktor berbeza tiap lawatan.
Lulusan MBBS dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 2017, dengan minat dalam perubatan ibu dan kanak-kanak. Inspirasi beliau: "Start where you are. Use what you have. Do what you can."
Lulusan MBBS dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 2015, dengan tumpuan dalam Perubatan Kecemasan. Motto beliau: "Empathy will not fail you."
Lulusan dari First Moscow State Medical University (MSMU), Rusia pada 2018, dengan minat khusus dalam rawatan luka dan pembedahan kecil. Falsafah beliau: "What missed you was not destined to you, what hit you could never missed you."